Search This Blog

Thursday, August 26, 2010

Paris Hilton nyaris disamun



GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar semalam menunjukkan Paris Hilton (dalam bulatan) di rumahnya di Los Angeles.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Selebriti Paris Hilton cemas apabila dia hampir disamun semasa berada di kediamannya di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Selebriti yang popular menerusi program realiti televisyen The Simple Life itu sedang tidur apabila seorang lelaki bersenjatakan dua bilah pisau cuba memecah masuk ke banglonya sekitar pukul 7 pagi semalam (waktu tempatan).
Terkejut mendengar bunyi bising, selebriti berkenaan yang juga seorang aktres, segera menelefon polis apabila melihat perompak itu menerusi monitor sistem kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.
Paris, 29, kemudian memaklumkan peristiwa cemas itu kepada para peminatnya di laman web jaringan sosial Twitter.
“Amat menakutkan, saya terjaga kerana terdengar seorang lelaki memecah masuk ke dalam rumah saya dengan membawa dua bilah pisau besar,” kata Paris.
“Nasib baik, polis segera tiba dan menangkap perompak itu,” tambahnya. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment