Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Paris Hilton disaman



LOS ANGELES 12 Ogos - Paris Hilton semalam disaman oleh sebuah syarikat pengeluar penyambung rambut palsu kerana melanggar kontrak apabila dilihat memakai penyambung rambut keluaran syarikat pesaing pada 2008.
Syarikat Hairtech International Inc. (Hairtech) menuntut sebanyak AS$35 juta (RM112 juta) bayaran kerugian, sepuluh kali ganda nilai kontrak yang diterima pewaris empayar Hilton itu.
Menurut tuntutan saman itu, tindakan aktres tersebut yang melakukan penipuan serta melanggar kontrak, bercanggah dengan kempen pemasaran Hairtech.
Tuntutan saman itu mendakwa, Hilton juga gagal menghadiri satu majlis pelancaran syarikat berkenaan kerana menjalani hukuman penjara pada 2007.
Selebriti itu menjalani hukuman penjara selama 23 hari pada 2007 selepas ditahan memandu tanpa lesen sebanyak dua kali semasa dalam tempoh pengawasan kerana memandu secara berbahaya.
Dokumen saman tersebut menyebut, Hairtech kerugian sebanyak AS$6.6 juta (RM21.12 juta) daripada majlis pelancaran sahaja, walaupun juri atau hakim bakal menentukan sama ada Hilton berhutang sekiranya kes tersebut dibicarakan.
Ini bukanlah kes pertama menyaksikan aktres itu disaman akibat perbuatannya.
Pada 2008, penerbit filem Pledge This! menyaman Hilton di sebuah mahkamah persekutuan kerana mendakwa aktres itu tidak bersungguh-sungguh mempromosi filemnya.
Seorang hakim pada tahun lalu menetapkan, selebriti tersebut tidak berhutang sebanyak AS$8.3 juta (RM26 juta) iaitu kos sebenar penerbitan filem, yang hanya ditayangkan di kurang 24 pawagam. - AP
Mahkamah bagaimanapun masih menimbang jumlah yang perlu dipulangkan Hilton daripada AS$1 juta (RM3.2 juta) yang diterimanya sebagai bayaran kerana membintangi filem terbabit.

No comments:

Post a Comment