Search This Blog

Monday, August 2, 2010

Pakistan berdepan penyakit



Penduduk membawa barangan merentasi banjir di kawasan Mohib Bhanda daerah Nowshera, Pakistan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat, kelmarin. - AFP


PESHAWAR 1 Ogos - Angka korban akibat banjir terburuk di Pakistan meningkat kepada lebih 1,100 orang hari ini ketika penyakit bawaan air mula menular, manakala pasukan penyelamat masih berusaha menyelamatkan 27,000 mangsa yang masih terperangkap.
Hampir sejuta penduduk yang lain terjejas akibat bencana itu di negara yang bertahun-tahun berhadapan dengan pertumpahan darah ini, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Pasukan penyelamat menemui 62 mayat di Peshawar, Charsada dan Nowshera sejak petang semalam, menjadikan angka korban meningkat kepada 862 orang.
"Ini merupakan banjir paling dahsyat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa," kata Menteri Penerangan wilayah itu, Mian Iftikhar Hussain.
Beribu-ribu buah rumah dan kawasan ladang di barat laut dan Kashmir sebelah Pakistan musnah akibat bencana itu.
Wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang menempatkan ramai keluarga miskin di perkampungan-perkampungan di kaki gunung, merupakan wilayah paling teruk dilanda hujan lebat.
Ketua Pejabat PBB untuk Koordinasi Bantuan Kemanusiaan, Manuel Bessler berkata, gambaran sebenar bencana tidak dapat diperolehi berikutan masalah komunikasi, malah pihaknya berhadapan kesukaran untuk sampai ke pejabat mereka di Nowshera, Swat dan Charsada.
Mian menjangkakan angka korban akibat hujan monsun, banjir kilat dan tanah runtuh akan meningkat, walaupun paras air semakin surut di beberapa kawasan dengan sekurang-kurangnya 150 orang masih hilang.
Babak video dan imej rakaman televisyen Pakistan yang diambil dari atas helikopter merakamkan mangsa banjir berpaut pada dinding rumah yang robih atau berada di atas bumbung rumah yang rosak ketika air melalui perkampungan mereka.
Sebilangan penduduk dilihat menjunjung barangan dan anak-anak kecil meredah banjir untuk mencari kawasan selamat. - AFP

No comments:

Post a Comment