Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Ugut bunuh diri





2010/08/12

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah restoran nasi kandar cuba membunuh diri dengan meletakkan parang di lehernya sambil mengugut untuk terjun dari tingkat tiga restoran tempat kerjanya dipercayai kecewa tidak dibenarkan bercuti oleh majikannya untuk menemui keluarga sempena Ramadan ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit tiba-tiba menjerit meminta pasportnya yang disimpan majikan sambil mengugut mahu membunuh diri jika permintaannya tidak dilayan.
Menurut saksi yang enggan dikenali, selepas permintaan lelaki itu tidak dilayan, dia tiba-tiba berlari membawa pisau di tangannya menaiki tingkat atas bangunan itu sebelum memanjat ke bahagian bumbung lalu mengugut untuk terjun.
Katanya, selepas kira-kira 20 minit, beberapa anggota polis tiba di tempat
kejadian tetapi gagal memujuknya turun.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dipujuk sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat setengah jam kemudian, katanya.

No comments:

Post a Comment