Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki berkata, bukti jelas tertuduh menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak itu berdasarkan keterangan daripada empat saksi kejadian.
Menurut Mohtarudin, mahkamah menerima keterangan empat saksi itu yang terbukti tahap kecerdikan semasa memberi keterangan bahawa melihat Mohd Fazli menendang, memijak dan menutup pintu kereta dengan keras terhadap Syafiah.
“Terdapat keterangan tertuduh menyepak bola yang dipeluk mangsa hingga terpelanting mengakibatkan mangsa tidak boleh bangun. Sekiranya ada sifat sayang tertuduh akan membantunya tetapi sebaliknya memijak si mati.
“Perbuatan ini tidak dapat diterima apatah lagi tertuduh pada masa itu memakai kasut bola yang ada stud,” katanya.
Mohtarudin berkata, daya tahan kanak-kanak berusia 3 tahun itu tentunya rapuh dan berbeza dengan daya tahan seorang yang dewasa seperti Mohd Fazli semasa kejadian itu berusia 28 tahun.
Menurutnya, ada keterangan mengikut keadaan bahawa tertuduh juga kelihatan tertekan semasa kejadian itu.
No comments:
Post a Comment