Search This Blog

Thursday, August 26, 2010

Mentua rayu menantu, anak lupakan sengketa




2010/08/26

KOTA BHARU: Pulanglah. Abah sudah maafkan kamu berdua. Buang yang keruh, ambil yang jernih, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, kata Kassim Mat Diah, sejurus dimaklumkan wakil akhbar ini sudah mengenal pasti lokasi anak perempuan dan menantunya. 

Kassim amat gembira menerima maklumat itu selepas Kasmaliza, dan suami, Mahadi Che Mansor, menghilang diri meninggalkan sembilan anak sejak setahun lalu selepas berlaku pertelingkahan antara pasangan itu.Saya difahamkan mereka sudah menimang cahaya mata yang ke-10 dan anak saya masih lagi dalam tempoh berpantang. Syukurlah, mereka selamat dan saya tak sabar melihat cucu terbaru itu, katanya ketika dihubungi di tempat kerjanya sebagai pemandu jentolak, di Kuala Krai, semalam.Kedudukan pasangan suami isteri itu dikesan hasil keprihatinan pembaca Berita Harian yang menghubungi pejabat akhbar ini di sini semalam selepas membaca laporan mengenai sembilan anak yang ditinggalkan pasangan itu bersama datuk dan moyang mereka. 

Pembaca terbabit memaklumkan pasangan itu bersama bayi baru mereka kini menumpang rumah seorang rakan di Pantai Dalam kerana Mahadi bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta berdekatan, manakala Kasmaliza masih berpantang selepas bersalin bulan lalu. 

Kassim berkata, beliau memaafkan semua kesalahan anak dan menantunya dan berharap mereka dapat pulang ke kampung halaman secepat mungkin dan bertemu dengan semua anak mereka. 

No comments:

Post a Comment