Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Mansuh saman ekor secara total: Kase



SHAH ALAM - Jawatankuasa bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menggesa kerajaan memansuhkan secara total saman ekor oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas tarikh penangguhan saman itu pada 28 Februari tahun hadapan. 

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya menerima baik penangguhan itu dan menganggap ia memberi manfaat kepada rakyat walaupun hanya bersifat sementara. 

“Penangguhan ini boleh memberi kelegaan kepada rakyat khususnya pengguna jalan raya kerana mereka berpeluang untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga Februari depan,” katanya, semalam. 

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, Kase tetap meneruskan perjuangan walaupun saman ekor ditangguh. 

“Selepas Februari nanti, mereka kata akan cuba meneruskan kembali sistem saman ekor itu menunjukkan sifat kerajaan cuba melebihi perlembagaan dan Kase akan sedia memantau selepas tarikh berkenaan. 

“Kita akan memastikan usaha ‘memerangi’ semula keputusan perlembagaan oleh pihak kerajaan selepas tarikh penangguhan itu tidak membuahkan hasil supaya kedudukan rakyat terbela dan kerajaan mematuhi undang-undang serta peraturan diputuskan oleh perlembagaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment