Search This Blog

Tuesday, August 31, 2010

Mangsa culik mati jatuh bangunan




ANAK panah menunjukkan lokasi Samsuteen (dalam bulatan) terjatuh ketika cuba melarikan diri bersama dua rakannya dari sebuah bilik di tingkat tiga sebuah bangunan di Pinggiran Batu Caves kelmarin. Bulatan atas ialah rumah suspek.


GOMBAK - Hasrat tiga pelancong warga Sri Lanka untuk melarikan diri selepas diculik dan dikurung di sebuah bilik dalam sebuah bangunan tiga tingkat oleh dua lelaki sejak tiga hari lalu berkecai apabila salah seorang daripada mereka mati apabila terjatuh di Jalan Nenas, Pinggiran Batu Caves di sini kelmarin.
Kejadian pukul 7 malam itu mengakibatkan Samsuteen, 47, mati manakala rakannya, Milar, 33, patah kaki. Seorang lagi mangsa, Sarifdeen Sahib Senu Mohideen, 36, dapat diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, sepanjang dikurung, kesemua mangsa telah digari tanpa diberi makanan dan minuman selain dibogelkan. Salah seorang suspek merupakan anggota polis sukarelawan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dekat sini.

No comments:

Post a Comment