Search This Blog

Monday, August 23, 2010

Kaji Tabung DNA setiap bayi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengkaji keberkesanan mewujudkan tabung Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi setiap bayi baru dilahirkan dalam menangani kejadian isu pembuangan bayi yang makin berleluasa pada masa kini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebarang pendekatan baru boleh diwujudkan bagi menyelesaikan sesuatu kes jenayah, selain membantu kes jenayah lain.
“Jika cadangan itu dilihat praktikal ia boleh diguna pakai sebagai satu daripada 55 inisiatif dalam menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian (Dalam Negeri) untuk mengurangkan kadar jenayah pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen menahan lapar ‘Countdown Famine 30 Hours’ di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.

No comments:

Post a Comment