Search This Blog

Tuesday, August 31, 2010

Dua beradik diasing




Mahkamah Majistret Kota Bharu memerintahkan dua beradik ini dijaga oleh ibu saudara mereka semalam.


PASIR PUTEH - Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah mengasingkan dua daripada tiga beradik yang melarikan diri dari rumah mereka di Kampung Saador, Bachok dekat sini daripada jagaan ibu bapa mereka.
Dua beradik tersebut yang berusia 14 dan 16 tahun itu diletakkan di bawah penjagaan ibu saudara kanak-kanak terbabit di Tanah Merah dan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Majistret Nurul Fitriza Abd. Latif mengarahkan perintah mengasingkan dua beradik terbabit daripada jagaan ibu bapa mereka berkuat kuasa semalam.
Bagaimanapun seorang adik bongsu mereka berusia lima tahun yang dilarikan bersama pada Khamis lalu selepas mendakwa diancam keselamatan oleh bapa mereka, kekal di bawah jagaan ibu bapanya.
Permohonan perintah berkenaan sebelum itu dikemukakan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Yahya Salleh.

No comments:

Post a Comment