Search This Blog

Thursday, August 26, 2010

Dituduh culik, rogol, liwat


Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

2010/08/26

Bekas banduan tak mengaku bersalah kes babit budak 11 tahun

IPOH: Bekas banduan yang baru dibebaskan beberapa bulan lalu, Haris Iskandar Abdullah, 38, semalam didakwa di Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini, terhadap tiga tuduhan menculik, merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Taman Meru, dekat sini, pada 4 Ogos lalu. 

Haris, mualaf yang memeluk Islam ketika menjalani hukuman di penjara atas kesalahan membunuh mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan.Dia yang berbaju kemeja-T kelabu lokap dan berseluar oren pada mulanya tenang ketika pertuduhan dibacakan namun kelihatan mengesat air mata apabila hakim Mahkamah Sesyen tidak membenarkan dia diikat jamin sehingga kesnya disebut semula.Di Mahkamah Majistret, Haris didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik kanak-kanak perempuan itu di Persiaran Jati 6, Taman Meru, dekat sini pada jam 8.50 malam, pada hari berkenaan. 

Bagi kesalahan itu dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda jika sabit kesalahan. 

Di Mahkamah Sesyen pula, Haris didakwa mengikut Seksyen 376 kanun sama atas kesalahan merogol kanak-kanak sama di tepi bangunan Wisma OAB, Jalan Gopeng, Kota Bharu, dekat Gopeng antara jam 8.15 malam hingga 10.30 malam, hari sama. 

Dia juga dituduh mengikut Seksyen 377C kanun sama kerana melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas mangsa tanpa kerelaan di dalam semak-samun di Gopeng pada jam dan tarikh yang sama. 
Jika sabit kesalahan, Haris boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan disebat bagi setiap pertuduhan dihadapinya di mahkamah berkenaan. 

Pendakwaan di Mahkamah Sesyen dilakukan Timbalan Pegawai Pendakwaraya, Mohd Farid Mohd Mokhtar di hadapan Hakim, Tan Hooi Leng manakala pendakwaan di Mahkamah Majistret dibuat Timbalan Pegawai Pendakwaraya, Mark Netto di hadapan Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi. 

Hooi Leng tidak membenarkan tertuduh diikat jamin hingga tarikh sebutan semula kesnya pada 18 Oktober ini dan meminta tertuduh melantik peguam. 

Terdahulu, Mohd Farid memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi memastikan mangsa tidak mengalami trauma lebih teruk. 

No comments:

Post a Comment