Search This Blog

Tuesday, August 31, 2010

Budak lelaki rentung dalam banglo terbakar




RUMAH banglo yang terbakar dan mengorbankan Ho Meng di Jalan Laksamana Cheng Ho 2, Melaka semalam.


MELAKA – Sepatutnya Tan Ho Meng, 11, (gambar kecil) akan bersekolah seperti biasa pada hari ini.
Namun hari ini dan seterusnya Ho Meng tidak akan ke sekolah lagi selepas budak lelaki itu rentung dalam kebakaran di rumah banglonya di Jalan Laksamana Cheng Ho 2 di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5.52 pagi itu, murid tahun lima Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Payfong 2 itu maut dipercayai gagal mencari pintu keluar dari rumah kerana asap tebal.
Empat lagi ahli keluarga Ho Meng iaitu bapanya Tan Tian Seong, 44; ibu, Lee Sae Lee; adik perempuan, Tan Poh Ling, 9; dan bapa saudara mangsa, Tan Kian Lai, 40, selamat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, ketika kejadian Ho Meng sedang tidur bersama ibu, bapa dan adiknya di bilik utama rumah banglo itu sebelum sebuah bilik di depan bilik utama terbakar.

No comments:

Post a Comment