Search This Blog

Saturday, August 21, 2010

Benjy beri keterangan dakwa dia takut, terkejut dan keliru ketika ditangkap polis



KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy memberitahu Mahkamah Majistret bahawa beliau berada dalam keadaan takut, terkejut dan keliru ketika ditahan dan ditangkap oleh anggota polis, Mac lalu. 

Benjy, 32, berkata berikutan tercetus pelbagai perasaan difikirannya itu, ia menyebabkan dirinya tidak sedar dan gagal memahami kata-kata amaran dan penjelasan yang diberikan polis ketika itu. 

Katanya, dia hanya mampu mengangguk kepalanya tanda faham dengan penjelasan itu. 

“Semasa di tempat letak kereta Menara Duta 2, saya ada mendengar polis berkata sesuatu, tetapi saya tidak tahu apakah ia, saya tidak ingat apa yang diperkatakan, saya hanya angguk kerana pada masa itu saya takut dan keliru, saya hendak pergi melawat anak, tiba-tiba kena tahan sebab dadah,” katanya semasa menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad ketika prosiding perbicaraan dalam perbicaraan. 

Prosiding itu dijalankan bagi menentukan sama ada kata-kata amaran yang diberikan oleh polis sepanjang melakukan siasatan terhadap Benjy itu difahami serta jawapan yang menyatakan “ada” menyimpan barang salah dibuat secara sukarela. 

Anak kepada seniwati Azean Irdawaty itu menjelaskan, bahawa tindakan mengangguk kepalanya itu kepada Asisten Superintendan Mohd Ashril Md Johar itu adalah disebabkan perasaan takut yang menyebabkan dia gagal mendapatkan penjelasan selanjutnya. 

“Bagaimana nak bertanya , saya sangat takut dan bila saya tanya kenapa saya ditangkap, dia jawab kerana dadah. Saya pun sudah takut hendak tanya balik, sebab ASP itu bercakap nada keras dan kasar menggunakan bahasa “kau” bukannya saya dan awak. Sekiranya dia bukan polis, saya tumbuk saja,” jelasnya. 

Pelakon itu turut memberitahu ketika tiba di hadapan rumah di alamat A-6-5, Menara Duta 2, beliau memohon kepada Asisten Superintendan Mohd Ashril untuk gari tangannya dibuka atas alasan enggan dilihat oleh anaknya. 

“Saya minta dibuka gari sekejap saja, kerana tak mahu anak tengok keadaan saya, namun masih tidak dibuka gari, setelah masuk ke rumah yang dibuka oleh Kak Su (pembantu rumah) baru gari dibuka, bagaimanapun anak saya sudah lihat diri saya yang bergari,” katanya yang tidak dapat menahan sebak di dalam kandang saksi.acaan kata-kata - Bernama 

No comments:

Post a Comment