Search This Blog

Thursday, August 12, 2010

Amil seleweng agihan zakat





KUALA KANGSAR 11 Ogos – Terdapat amil di daerah ini dikesan menyenaraikan nama orang yang sudah meninggal dunia dan tidak layak menerima zakat sebagai penerima zakat.
Pegawai Baitulmal Kuala Kangsar, S. Daud Shahemi ketika mendedahkan perkara itu berkata, penyelewengan yang dilakukan oleh amil terbabit adalah suatu perbuatan amat mendukacitakan kerana mereka sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan fakir dan miskin.
‘‘Mereka telah diberikan garis panduan dalam pemilihan fakir dan miskin yang layak menerima bantuan. Sepatutnya perkara memalukan ini tidak berlaku,” katanya ketika berucap pada Seminar Kepimpinan Ahli Jawatankuasa dan Pegawai-Pegawai Masjid di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana masih ada amil yang dilantik gagal menyerahkan senarai nama fakir dan miskin di kawasan masing-masing bagi tujuan pengagihan zakat.
‘‘Saya telah menghantar surat dan menelefon amil terbabit, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dan ada pula amil mengatakan mereka tidak menerima borang yang dihantar, hilang dan pelbagai alasan lain,” katanya.
Justeru beliau berharap, pihak jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid dapat berperanan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

No comments:

Post a Comment