Search This Blog

Saturday, August 21, 2010

38 disahkan sakit akibat antraks lembu di bangladesh




2010/08/21

DHAKA: 38 disahkan sakit selepas dikaitkan dengan penyembelihan dan penjualan dua lembu yang dikesan dijangkiti dengan antraks di perkampungan di sebelah utara Bangladesh, kata pihak berkuasa negara itu, hari ini. 

Ketua pegawai kesihatan kerajaan di daerah Sirajganj, Nurul Islam Talukder, berkata mereka yang sakit difahamkan mempunyai hubungan dengan dua lembu terbabit dan sedang dirawat.Beliau berkata, sampel sudah dihantar ke makmal di ibu kota Dhaka bagi tujuan pengesahan.Berdasarkan pemeriksaan, 38 kes itu termasuk masalah gastrostomi dan antraks kulit. 

Penyakit bakteria itu berkemungkinan dijangkiti kesan daripada selepas memakan daging atau memegangnya atau kulit binatang yang dijangkiti. - AP 

No comments:

Post a Comment