Search This Blog

Thursday, August 26, 2010

3 bulan tak ambil ubat sakit mental'




2010/08/26

Lelaki sembelih anak ada rekod skizofrenia

KOTA BHARU: Keengganan mengambil ubat bagi mengawal penyakit mental dihidapinya, dipercayai menjadi punca seorang lelaki mengganas sehingga menyembelih anak sendiri di Sungai Keladi di sini, tengah hari kelmarin. 

Isteri lelaki terbabit, Nik Suzila Nik Hashim, 32, mendakwa suaminya sudah tiga bulan tidak mengambil ubat dibekalkan Klinik Psikiatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu walaupun sudah disuruh berbuat demikian.Katanya, sebagai isteri yang mengetahui latar belakang kesihatan suami sejak berkahwin kira-kira lapan tahun lalu, beliau sentiasa prihatin terhadap masalah itu dengan menghantarnya ke klinik psikiatrik setiap tiga bulan sekali.Malah saya tidak pernah lupa membawanya ke klinik apabila mendapati dia kelihatan murung, walaupun sejak kami berkahwin dan memiliki tiga cahaya mata, dia tidak pernah melakukan sebarang tindakan agresif sama ada kepada saya dan anak-anak, katanya. 

Beliau memberitahu demikian ketika menerima kunjungan Ketua UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Md Noor Chik, yang turut menyampaikan hamper dan wang tunai. 

Nik Suzila berkata, beliau tidak menduga suaminya sanggup bertindak seperti itu kerana beberapa hari sebelumnya tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik, malah sering bertanyakan keperluan pakaian raya untuk tiga anak mereka. 

Dali yang melawat keluarga terbabit berkata, beliau akan mendaftarkan nama Suzila dan dua anaknya supaya menerima bantuan bulanan dari JKM selain memastikan mereka memiliki rumah sendiri menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 
Manakala Md Noor berkata, keluarga Nik Suzila adalah penerima bantuan JKM sebanyak RM200 sebulan, namun akan ditambah dengan skim bantuan lain untuk kebajikan dua anaknya. 

Sementara itu, bekas pengawal keselamatan, Muhaimin Sauntar, 33, yang disyaki menyembelih anak sendiri, Mohamad Adam Muszahffar, 3, direman lima hari mulai semalam. 

No comments:

Post a Comment