Search This Blog

Sunday, August 1, 2010

24 pekerja lombong China terperangkap dalam banjir


01/08/2010 2:50am

BEIJING, 1 Ogos - Sejumlah 24 orang pekerja lombong terperangkap dalam banjir yang memenuhi sebuah lombong di selatan China, lapor media negeri.
Agensi berita Xinhua yang memetik pegawai kerajaan tempatan melaporkan, kejadian kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia) itu berlaku di bandar Jixi dalam wilayah Heilongjiang.
Laporan itu tidak memberi perincian mengenainya.
Semalam kerajaan China mengumumkan bahawa seramai 17 orang terbunuh dan 68 yang lain cedera dalam satu lagi kecelakaan di sebuah lombong di utara China.
Pentadbiran Keselamatan Pekerja Negeri dalam laman webnya berkata, pada sebelah pagi, berlaku satu letupan yang memusnahkan lebih 10 buah asrama pekerja di lombong arang batu Liugou, dekat bandar Linfen di selatan wilayah Shanxi. - AFP

No comments:

Post a Comment