Search This Blog

Thursday, August 12, 2010

20 mayat ditemui dalam tasik dekat Bosnia



12/08/2010 2:46am

SARAJEVO 12 Ogos - Sebanyak 20 tinggalan mayat telah ditemui di dalam tasik buatan manusia di Perucac, sebuah tempat di antara Bosnia dan Serbia, semalam.
Ketua Institut Orang Hilang Bosnia, Amor Masovic memberitahu media tempatan yang pihaknya telah menghantar kerangka tersebut ke bandar Visoko, 30km ke barat Sarajevo untuk dianalisis.
Masovic berkata, kerangka tersebut berkemungkinan milik orang Islam Bosnia yang dibunuh di bandar raya Visegrad ketika perang Bosnia pada 1992-95 lalu.
Katanya, kerangka itu juga kemungkinan milik para pegawai tentera Jerman ketika Perang Dunia Kedua yang disemadikan di tebing sungai Drina yang pernah digali di Perucac pada 1960-an.
Di seberang tasik tersebut, para pegawai Serbia telah menjalankan penyelidikan sendiri.
Ketua Jawatankuasa Orang Hilang Serbia, Veljko Odalovic memberitahu media bahawa tulang-temulang telah ditemui tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia milik manusia atau haiwan.
Pada 2001, sebuah trak yang mengandungi 50 mayat penduduk Albania Kosovo yang dibunuh ketika konflik pada 1989-99 telah ditemui di dalam tasik tersebut.
Ahli keluarga mangsa percaya terdapat lebih banyak mayat di dalam tasik tersebut memandangkan pintu trak tersebut didapati terbuka.
Odalovic berkata, sehingga kini tidak ada tanda terdapat kubur massa di dalam tasik tersebut. - DPA

No comments:

Post a Comment