Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

Terajang isteri



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
AMPANG: Akibat cemburu, seorang lelaki tergamak menolak isterinya sebelum menendang perut wanita terbabit yang sedang mengandung dua bulan di rumah mereka di Lembah Jaya, kelmarin.
Perbuatan lelaki terbabit berlaku kira-kira jam 2 petang selepas pasangan muda berusia 20-an itu bertengkar.
Menurut sumber polis, suami wanita berkenaan dikatakan tidak berpuas hati apabila mengetahui isterinya yang bekerja sebagai pengasuh bersembang dengan seorang jiran lelaki yang tinggal berhampiran rumah mereka.
Ketika berada di rumah, berlaku pertengkaran sebelum si suami tiba-tiba naik berang dan hilang kawalan kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan isterinya.
Lelaki terbabit tiba-tiba menolak isterinya dan menendang perut wanita berkenaan, katanya.
Sumber terbabit berkata, biarpun isterinya ketika itu sedang mengandung dua bulan, namun lelaki berkenaan langsung tidak menghiraukannya hinggalah ahli keluarga wanita itu terpaksa campur tangan.
Wanita malang terbabit hanya mampu menahan kesakitan sebelum adik dan ibunya berjaya meleraikan pergaduhan itu.
Akibat tendangan itu, wanita terbabit mengadu mengalami kesakitan di bahagian perut berikutan dia ketika itu sedang mengandung dua bulan, katanya.
Sumber terbabit berkata, melihatkan keadaan kakaknya yang ketika itu mengerang kesakitan, adiknya kemudian bergegas membawa wanita itu ke hospital. Wanita terbabit bernasib baik kerana kandungannya tidak terjejas dan dia hanya mengalami kecederaan ringan akibat ditolak dan ditendang suaminya, katanya.
Namun, perbuatan lelaki itu ternyata kejam dan langsung tidak berperikemanusiaan kerana dia sanggup melakukan sebegitu kepada isteri yang sedang mengandungkan anak mereka hanya kerana cemburu selepas wanita itu bersembang dengan jiran, katanya.
Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan dalam proses mendapatkan keterangan daripada suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat wanita itu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment