Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

Suami dakwa sudah jual anak



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
15/7
PETALING JAYA: Saya hanya mahu anak saya dipulangkan. Saya sanggup jual rumah di Surabaya bagi mendapatkan wang sebagai ganjaran mereka yang menemui anak saya, kata Kristina, 33, warga Indonesia yang mendakwa anak perempuannya berusia tiga tahun, dilarikan suaminya lebih seminggu lalu.
Perempuan berketurunan Cina Indonesia itu berkata, dia bimbangkan keselamatan anak berikutan suaminya kaki judi beberapa kali menyatakan hasrat menjual anaknya itu kerana tidak mampu menanggung hutang.
Malah katanya, suaminya juga pernah memberitahu anak bongsu mereka iaitu bayi lelaki yang baru berusia sembilan bulan bernama Aby Soo Chean Keat juga sebenarnya sudah dijual kepada lelaki India.
Beberapa hari lalu, saya bermimpikan anak perempuan saya, Nicole Soo Siew Qing. Dia berteriak memanggil saya.
Saya tidak mahu mengharapkan belas kasihan sesiapa. Saya hanya mahu anak saya, katanya selepas hadir bagi mendapatkan nasihat guaman di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Kristina dilihat berada dalam kamar Majistret Aishah Hijriah Arshad selama 15 minit. Menurutnya, pada 26 Jun lalu, suaminya Soo Kian Keong, 35, membawa Nicole keluar untuk makan tengah hari dan tidak pulang ke rumah sewa di Kelana Jaya, selepas itu.
Katanya, dia ditinggalkan bersama Aby dengan wang tunai RM100, menyebabkan dia terpaksa membuat laporan di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya. Dia berkata, sijil kelahiran dan pasport Nicole tidak ditemui.
Kristina berkata, sepanjang mendirikan rumah tangga pada 2006, kehidupan mereka sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan tidak tenteram kerana tabiat suaminya yang ketagih berjudi sama ada bermain nombor ekor, mahjong sehingga kepada judi Piala Dunia.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment