Search This Blog

Thursday, July 15, 2010

Seorang anggota polis maut, 4 cedera latihan musnah bom



KAMPAR 14 Julai - Seorang anggota polis maut, manakala empat lagi cedera termasuk seorang daripadanya parah setelah terkena bom ketika menjalani latihan Kursus Pemusnahan Bom di lapangan sasar di sini hari ini.
Anggota polis yang maut ialah Sarjan Saidin Mohd. Dom, 54, bertugas di Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, manakala yang cedera parah, Sarjan Saat Salleh bertugas di IPD Larut Matang dan Selama.
Tiga yang cedera ringan ialah Sarjan Zulkifli Ijum dari IPD Ipoh; Lans Koperal Mohd. Nor Firdaus dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Koperal Kamaruddin Ismail dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Sungai Senam, Ipoh.
Kesemua mereka yang cedera berusia dalam lingkungan 50-an.
Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, terdapat 40 anggota polis dari seluruh Perak menjalani latihan dalam perkhidmatan membabitkan pelbagai pangkat bermula sejak 8.30 pagi di lapangan sasar terbabit.
Difahamkan, bom itu tiba-tiba meletup ketika kelima-lima anggota terbabit sedang memeriksa keadaannya yang gagal meletup sebelum itu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, sebaik sahaja kejadian itu, kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kampar tetapi seorang daripada mereka meninggal dunia sejam kemudian.
"Tiga yang cedera menerima rawatan pesakit luar di Hospital Kampar, manakala seorang yang parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut," katanya di sini.
Sementara itu, mayat Saidin tiba di HRPB pukul 8.30 malam dan dibawa ke bilik mayat untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment