Search This Blog

Thursday, July 15, 2010

Puak Katholik masih merusuh di Ireland



API marak daripada sebuah kereta yang dibakar oleh puak Katholik di bandar Ardoyne, utara Belfast di Ireland Utara, kelmarin. Gambar kecil menunjukkan seorang perusuh menyalakan bom petrol yang kemudiannya dilemparkan ke arah polis. - AP



BELFAST 14 Julai - Kekacauan antara dua kumpulan penganut Kristian di Ireland Utara berlarutan ke hari ketiga dengan penunjuk perasaan membaling bom petrol ke arah polis dan mendirikan penghadang berapi di bandar raya ini, hari ini.
Rusuhan yang didakwa dilakukan oleh puak Republikan yang beragama Katholik itu telah menyebabkan ramai anggota polis cedera.
Kanak-kanak adalah antara beratus-ratus penunjuk perasaan yang turun di jalan-jalan di Ardoyne, utara Belfast sepanjang malam tadi ketika keganasan berterusan sempena perarakan besar-besaran Protestan, acara tahunan yang sering mencetuskan kekacauan.
Ketua Menteri Peter Robinson dan Timbalannya, Martin McGuinness, yang menggesa supaya penunjuk perasaan bertenang, berjumpa dengan ketua polis Ireland Utara, Mett Baggott, lewat hari ini.
Pihak berkuasa menuduh kumpulan kecil yang mencetuskan kekacauan itu dengan Baggott menyifatkan keganasan ini sebagai 'rusuhan rekreasi dengan niat jahat'.
Saksi turut memberitahu tentang penglibatan kanak-kanak.
"Rusuhan malam tadi disertai oleh kanak-kanak berusia sembilan tahun. Saya sendiri telah merampas batu dari tangan kanak-kanak itu," kata paderi Gary Donegan kepada radio BBC.
Anggota dewan tempatan, Gerard McCabe dari parti Sinn Fein, Republikan berkata, penunjuk perasaan itu adalah anti-kumpulan sosial yang mahu menyeksa penduduk masyarakat.
Terdapat juga laporan yang menyatakan berlaku empat atau enam tembakan ke arah polis di Ardoyne, bandar yang dihuni kebanyakan penganut Katholik dan polis sedang menyiasatnya.
Menurut polis, penunjuk perasaan membaling batu, bom petrol dan bom paip ke arah polis serta meletakkan penghadang yang dibakar.
Polis membalasnya dengan menggunakan meriam air, namun tiada kecederaan baru dilaporkan, walaupun seramai 82 pegawai polis telah cedera dalam pertempuran semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment