Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

Pemuda perjuang poligami



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaLuar Negara by johnjimat
15/7
JEDDAH: Sekumpulan lelaki muda Arab Saudi melancarkan usaha menggalakkan poligami sebagai cara untuk mengakhiri masalah anak dara tua di kalangan wanita di negara itu.
Mereka melancarkan kempen dalam Facebook berjudul Kami Mahu Empat Isteri, dan meminta setiap lelaki Saudi yang berkemampuan, berkahwin empat bagi mengurangkan jumlah wanita tidak berkahwin di negara itu.
Tidak ada statistik mengenai jumlah wanita negara itu yang tidak berkahwin.
Namun, jumlah mereka dipercayai ramai kerana kos terlalu tinggi untuk mendirikan rumah tangga.
Setiap lelaki Saudi yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal untuk berkahwin lebih daripada seorang tidak perlu teragak-agak untuk berkahwin lebih bagi membantu menangani masalah wanita yang tidak berkahwin.
Dengan berbuat demikian mereka juga membantu mengekang kos perkahwinan yang tinggi yang menjadi punca ramai pemuda mengelak untuk berkahwin, kata kumpulan itu.
Keluarga juga didesak supaya tidak menyulitkan persediaan perkahwinan dengan meminta wang hantaran yang tinggi dan tanggung jawab kewangan yang tidak boleh disediakan oleh bakal pengantin lelaki.
Selain itu, kumpulan berkenaan meminta kaum lelaki yang berkahwin lebih daripada satu supaya berlaku adil dan melayan isteri secara sama rata seperti yang dituntut oleh Islam.
Sementara itu, sekumpulan pemuda Saudi lain yang melancarkan kempen yang sama, juga dalam Facebook berkata, Islam tidak mencipta poligami sebaliknya hanya menghalalkannya.
Mereka juga berkata, Barat melihat lelaki Islam yang berkahwin lebih daripada satu dengan penuh prasangka, lebih-lebih lagi ada di kalangan mereka yang tidak mengikuti syarat yang telah ditetapkan agama itu.
Jangan anda berkahwin isteri kedua semata-mata kerana mahu berkahwin. Anda hanya perlu kahwin apabila ada keperluan untuk beristeri kedua, ketiga dan keempat dan jika anda berkemampuan dari segi kewangan untuk menyara mereka secara adil, kata kumpulan itu. – Agensi
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment