Search This Blog

Thursday, July 15, 2010

Pemimpin pembangkang Rwanda ditemui mati



15/07/2010 3:11am

KIGALI 15 Julai - Polis Rwanda hari ini memberitahu pemimpin pembangkang, Andre Kagwa Rwisereka yang semalam dilaporkan hilang ditemui mati di sempadan Burundi.
Jurucakap polis, Eric Kayiranga berkata, mayat pemimpin itu dan kereta miliknya ditemui di tebing Sungai Mukala yang terletak di wilayah selatan negara ini.
Kematian itu sekali gus menambahkan kebimbangan terhadap keganasan yang semakin memuncak di negara ini menjelang pemilihan presiden Ogos depan.
Rwisereka merupakan Timbalan Presiden Parti Demokratik Hijau. - AP

No comments:

Post a Comment