Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

‘Pegawai’ curi duit



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
MELAKA: Saya terkejut apabila wanita itu muncul di dapur rumah tanpa memberi salam dan terus duduk sambil bertanyakan nama ibu tunggal tidak dikenali, kata Siti Rafeah Ithnin, 71, yang kehilangan hampir RM500 selepas ditipu seorang wanita berusia 20-an menyamar pegawai kebajikan dalam kejadian Isnin lalu.
Menceritakan kejadian itu, Siti Rafeah dari Kampung Alai, di sini, berkata kejadian berlaku antara jam 9.30 hingga jam 11 pagi apabila seorang wanita masuk ke rumahnya sebelum bertanyakan seorang ibu tunggal bernama Habsah.
Menurutnya, dia terkejut wanita tidak dikenali itu masuk ke rumahnya dan kemudian bertanya siapa dirinya serta apa tujuan kedatangannya.
Katanya, selepas duduk, wanita terbabit terus bertanyakan nama seorang ibu tunggal tetapi dia memberitahu tidak mengenali orang dicarinya.
Sejurus itu, wanita terbabit bertanyakan sama ada saya ibu tunggal dan pernah mendapat bantuan atau tidak tanpa menimbulkan sebarang perasaan syak wasangka.
Wanita itu mengeluarkan pen serta kertas dan mula menulis sambil bertanyakan saya tinggal dengan siapa. Dia kata nanti dia tolong dapatkan RM500 sebulan, katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurut mangsa, wanita terbabit turut bertanyakan sama ada dia mempunyai baju hitam berbunga putih, sebelum memberitahu tiada tetapi `pegawai terbabit mendakwa mahu mengambil gambarnya sambil meminta mencari dalam bilik.
Katanya, wanita terbabit turut membantu mencari di dalam almari, tetapi dia bertegas memaklumkan tidak mempunyai baju berkenaan, namun tidak diendahkan.
Selepas beberapa minit, kami keluar dan wanita berkenaan bertanyakan pula sama ada saya mempunyai jubah boleh dipakai untuk diambil gambar, tetapi selepas mengenakan jubah, dia meminta menunggu sebentar dengan alasan mahu mengambil kamera di dalam Perodua Kancil berputih.
Saya menunggu hampir 30 minit tetapi wanita berkenaan tidak muncul sebelum memeriksa beg duit atas meja di ruang dapur dan terkejut RM486.50 hilang.
Menyedari wang tunai dalam beg lesap, saya lemah berikutan wang itu diberi anak lelaki untuk belanja harian, katanya. Dia berkata, anak lelakinya membuat laporan kejadian di Balai Polis Kandang pada hari sama.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment