Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

Lima kedai sederet terbakar di Kampung Sungai Ara awal pagi ini



KUALA LUMPUR - Lima kedai sederet hangus dalam satu kebakaran di Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya awal pagi ini.

Pegawai Bomba Kanan Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara, Shamshul Anuar Antang berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.21 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

"Tiga buah jentera bomba dari Damansara Utama, Petaling Jaya dan Taman Tun Dr Ismail bersama 21 anggota berjaya memadamkan kebakaran itu kira-kira pukul 5.25 pagi," katanya.

Shamshul Anuar berkata, kebakaran itu melibatkan antaranya kedai motosikal, kedai runcit dan kedai minuman, manakala jumlah kerugian dianggar RM100,000.

Katanya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kebakaran masih disiasat.

No comments:

Post a Comment