Search This Blog

Thursday, July 15, 2010

Kereta pengawai penguat kuasa disimbah cat

IPOH: Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan operasi membanteras penjualan barangan tiruan dan cetak rompak di Taiping mengundang kemarahan pihak tertentu yang bertindak menyimbah cat ke kereta seorang pegawai penguatkuasa hari ini.
Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perak, A Morgan berkata, kejadian itu berlaku di rumah seorang pegawai penguatkuasa di Taman Simpang, Taiping awal pagi ini.
Katanya, pegawai berusia 38 tahun itu menyedari keretanya disimbah cat merah semasa hendak keluar bekerja pada jam 7.30 pagi tadi.

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 5 pagi tadi...kita percaya ia dilakukan oleh pihak tertentu yang kurang senang dengan pegawai terbabit yang melakukan operasi terhadap kedai menjual barangan tiruan dan cetak rompak di sekitar Taiping," katanya hari ini.

Beliau berkata, pegawai itu sudah membuat aduan polis berhubung kejadian itu.

Polis menemui tiga bungkusan plastik dipercayai digunakan untuk mengisi cat dari kawasan rumah mangsa. -Bernama

No comments:

Post a Comment