Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

Jumpa mayat terapung

KLANG: Seorang pekerja Alam Flora Sdn Bhd yang membersihkan tempat riadah sekitar Taman Pengkalan Batu di sini, tergamam selepas melihat mayat terapung di Sungai Klang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada rakannya.
Dalam kejadian jam 9.37 pagi, mayat seorang lelaki dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui terdampar di tepi sungai.

Jurucakap polis berkata, ketika ditemui, mayat lengkap berpakaian manakala badannya sudah membengkak dipercayai akibat terendam terlalu lama dalam sungai.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dan siasatan juga tidak menemui kesan kecederaan.

“Mangsa berkulit cerah dan dipercayai berusia 30-an,” katanya.

Menurutnya, identiti mayat dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment