Search This Blog

Friday, July 16, 2010

Jual bayi: Lapan termasuk Datuk direman


SEBAHAGIAN kanak-kanak yang berjaya diselamatkan pihak polis daripada menjadi mangsa pemerdangangan manusia manakala (gambar bawah) lima suspek termasuk pasangan suami-isteri bergelar Datuk dan Datin ditahan kerana terlibat dalam kegiatan itu, di Kuching, Sarawak, 15 Julai. - Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

KUCHING 15 Julai - Lapan individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya dikenakan perintah tahanan reman enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan sindiket memperdagangkan bayi.
Majistret Nelson W. Angang mengeluarkan perintah reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ketika kesemua mereka dibawa ke mahkamah hari ini.
Siasat terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Antipemerdagangan Orang 2007.
Selain ahli perniagaan dan pasangannya itu, turut ditahan reman ialah anaknya, menantu, dua saudara isterinya dan seorang lagi wanita.
Kesemua tahanan lelaki akan dibawa ke Balai Polis Sentral manakala tahanan wanita pula ditempatkan di Balai Polis Satok di sini.
Sementara itu, enam kanak-kanak termasuk seorang bayi perempuan berusia 27 hari akan diletakkan di bawah penjagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak di Damansara.
Kesemua kanak-kanak dan bayi tersebut turut dibawa ke mahkamah hari ini.

No comments:

Post a Comment