Search This Blog

Sunday, July 11, 2010

Dituduh edar heroin



Posted on the July 11th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
MELAKA: Seorang operator pengeluaran dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mengedar heroin, Jun lalu.
Tertuduh, G Uma Pathi, 19, dituduh mengedar 16.8 gram heroin di sebuah rumah No, 50, Jalan Paya Rumput Permai 5, Taman Paya Rumput Permai, Tanjung Minyak, kira-kira jam 10.30 pagi pada 28 Jun lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, jika disabitkan boleh dihukum gantung sampai mati.
Begitupun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menangguk faham pertuduhan dibacakan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Salwa Mhd Asrar kemudian memohon tarikh sebutan baru bagi mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah.
Beliau juga tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu dan beralamat di Taman Paya Rumput Permai.
Majistret Mohd Fairuz Johari menetapkan 5 Ogos depan untuk sebutan laporan kimia.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment