Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

Berdepan dua tuduhan



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
KUALA LUMPUR: Lelaki yang tergamak mencucuh alat renjatan elektrik ke tubuh isterinya sehingga pengsan, bukan saja bakal berdepan hukuman atas jenayah keganasan rumah tangga, sebaliknya tuduhan memiliki senjata seludup.
Ini kerana menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim, alat terbabit bukan sebarangan produk yang boleh diperoleh di pasaran terbuka sebaliknya memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa untuk memilikinya.
Katanya, beliau percaya bukan sebarangan pihak diberi permit untuk alat berkenaan, apatah lagi ia sudah dikelaskan kerajaan Malaysia sebagai senjata berjadual seperti mana senjata api lain termasuk pistol dan senapang.
Kita tak pasti sama ada lelaki itu benar-benar mempunyai permit sah untuk memiliki alat renjatan elektrik terbabit, tetapi jika dia memperolehnya menerusi pasaran gelap atau seludup daripada negara luar, dia boleh didakwa.
Maknanya dia berdepan dua tuduhan jika siasatan mendapati dia bersalah, kesalahan pertama – menggunakan keganasan ke atas isteri dan ini tergolong dalam keganasan domestik, manakala satu lagi memiliki barang seludup.
Sebab itu, kita minta orang ramai melaporkan segera kepada polis jika mempunyai maklumat berkenaan pasaran karat atau gelap yang aktif mendagangkan senjata sebegini. Kita tak mahu ada pihak menyalahgunakannya, katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Kamal Affendi turut memberitahu sejak 80-an tiada perubahan pada corak pergaduhan dalam keluarga, malah tren suami isteri bergaduh ketika di ambang perceraian hampir sama setiap tahun dan tidak menunjukkan perbezaan.
Apa membezakan darjah keganasan dan peralatan digunakan kerana orang dulu bergaduh, masa zaman pinggan mangkuk digunakan, cuma melukakan saja, tapi kini bertujuan menyeksa mangsa, katanya.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment