Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

Ariel, RJ bakal bersemuka

JAKARTA: Jurutera muzik yang disyaki mendalangi penyebaran klip video seks Ariel Peterpan dijangka akan bersemuka untuk kali pertama sejak kes itu dilaporkan media.
Menurut jurucakap polis, Marwoto, suspek yang hanya dikenali sebagai RJ itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Indonesia yang turut menempatkan vokalis kumpulan Peterpan berkenaan.
Kata Marwoto, dia dimaklumkan secara bertulis mengenai kedatangan RJ dari Bandung tetapi mengaku belum melihatnya sendiri di premis berkenaan.

“RJ dibawa ke sini untuk memudahkan siasatan.

“Memang ada kemungkinan dia akan bersemuka dengan Ariel,” katanya.

RJ ditahan polis Bandung Jumaat lalu.

Sementara itu, Cut Tari berkata, dia benar-benar berharap tidak terus diselidik pembabitannya dalam rakaman video lucah berkenaan selepas polis menahan RJ.

Peguam Cut Tari, Hotman Paris, berkata dengan tertangkapnya RJ, peluang untuk personaliti televisyen itu dikecualikan daripada tindakan semakin cerah.

“Penahanan RJ membuktikan Cut Tari tidak berperanan langsung dalam penyebaran rakaman berkenaan,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment