Search This Blog

Sunday, July 11, 2010

Anjing terbiar menjadi sasaran di Baghdad



11/07/2010 2:32am

BAGHDAD 11 Julai - Pihak berkuasa Baghdad semalam berkata, 58,000 ekor anjing terbiar telah dihapuskan di dalam dan sekitar ibu kota Baghdad sepanjang tiga bulan lalu.
Ia sebahagian daripada kempen membendung peningkatan jumlah haiwan itu yang dicela kerana menyerang penduduk kota.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan wilayah Baghdad, 20 pasukan terdiri daripada penembak pasukan polis dan doktor haiwan, bergerak di sekitar Baghdad dan kawasan luar setiap hari bagi mencari dan menghapuskan anjing tersebut. - AP

No comments:

Post a Comment