Search This Blog

Thursday, July 15, 2010

20 maut akibat taufan Consun di Filipina




PEKAN Las Pinas di selatan Manila dipenuhi air banjir setelah dilanda oleh taufan Consun, semalam. - AP


MANILA 14 Julai - Seramai 20 orang disahkan mati hari ini selepas taufan Consun melanda Filipina, meranapkan kawasan setinggan ke dalam laut dan merencatkan aktiviti di ibu kota negara ini.
Conson, taufan pertama pada tahun ini, melanda kepulauan Asia Tenggara itu lewat malam semalam sebelum memusnahkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di pulau besar Luzon dengan tiupan kencang selaju 120 kilometer sejam.
"Deruan taufan itu seperti jeritan seorang budak," kata Rigor Sambol, 52, bapa kepada enam anak yang tinggal di kawasan setinggan pinggir kota Manila yang musnah sebahagiannya.
"Ia sangat kuat, rumah terapung kami hampir terbalik. Saya perlu membawa seorang demi seorang anak ke gimnasium berhampiran di mana mereka bermalam di atas lantai yang sejuk," katanya.
Beberapa buah rumah setinggan yang tidak kukuh di sepanjang pantai oleh penduduk setinggan musnah sepenuhnya. Kesemua penghuni yang basah kuyup itu mencari sisa-sisa kayu bagi membina pondok perlindungan sementara, menurut wartawan AFP yang berada di sana.
Seramai 12 mangsa mati akibat dihempap oleh pokok tumbang, dinding dan objek lain, sementara kebanyakan yang lain lemas dan seorang terkena kejutan elektrik, kata pihak berkuasa.
''Seramai 11 nelayan juga masih hilang, kata jurucakap tentera wilayah Bicon yang terletak di tenggara ibu kota, Mejer Ronald Alcudia.
Dengan sistem komunikasi yang terputus di tengah-tengah akibat taufan itu, pegawai bantuan bencana berkata, mereka masih mencuba untuk mentaksirkan kerosakan dan khuatir jumlah angka korban akan meningkat.
Bekalan elektrik terputus di keseluruhan pulau besar Luzon, termasuk Manila di mana dahan pokok tumbang dan sampah sarap bertaburan di jalanan hari ini.
Syarikat tenaga elektrik Meralco berkata, lebih daripada 90 peratus 12 juta penduduk tinggal tanpa bekalan elektrik sehingga awal petang ini.
Sistem perkhidmatan keretapi elektrik juga ditutup kerana masalah bekalan elektrik. Sementara kerajaan turut menutup sekolah rendah dan menengah. - AFP

No comments:

Post a Comment