Search This Blog

Friday, July 16, 2010

17 saman JAIP dakwa penahanan tak sah

IPOH: Seramai 17 individu semalam memfailkan saman pemula terhadap Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) serta tiga yang lain bagi menuntut ganti rugi akibat ditahan secara tidak sah selepas dituduh mengamalkan ajaran sesat.
Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Zuri & Co pada 10.30 pagi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam oleh peguam Rizalman Bahran dan defendan diminta mengemukakan maklum balas dalam tempoh 12 hari daripada tarikh ia difailkan.

Selain Pengarah JAIP, Datuk Mohamah Nor Mansor, writ saman itu turut menamakan Pendakwa Syarie JAIP, Shahrunnazri Abdul Samad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, Mohd Kamal Mohammad Noor dan Kerajaan Perak sebagai defendan.
Dalam serbuan di Kampung Manjoi, dekat sini pada November 2008, 22 lelaki, wanita dan kanak-kanak ditahan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP dengan dibantu kira-kira 80 anggota polis preman, Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Rezalman daripada Tetuan Zuri dan Rakan berkata, ketika ditahan, pegawai JAIP memaklumkan mereka mengikuti ajaran sesat iaitu ajaran Qardiani, tetapi 18 daripada individu yang ditahan dibebas beberapa jam kemudian.
Katanya, empat daripada 22 individu yang ditahan itu kemudian didakwa atas kesalahan mengajar tanpa tauliah mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004, bukannya mengikuti ajaran sesat.
Mahkamah Tinggi Syariah membebaskan mereka pada November lalu kerana pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi.
Namun, 17 plaintif ini mengalami tekanan melampau kerana dipulau oleh keluarga dan masyarakat kerana dikatakan mengikuti ajaran sesat, katanya.
Sumber : Bharian.com.my

No comments:

Post a Comment