Mahdzir Mohd. Nor bersama anaknya, Siti Maisarah hanya mampu melihat rumah mereka yang musnah akibat ribut di Kampung Wai, Kuala Perlis, semalam.
Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
utusanperlis@utusan.com.my
KANGAR 15 Julai - Sebanyak 144 rumah di dua kampung dan dua taman perumahan sekitar Kuala Perlis di sini rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang selama hampir sejam petang ini.
Dua kampung yang terlibat adalah Kampung Seberang Alor dan Kampung Padang Cina manakala dua taman perumahan ialah Taman Seberang Jaya dan Taman Bukit Kubu.
Turut terlibat, empat rumah di Kampung Pulau Ketam, Taman Bukit Kubu (3) serta sebuah rumah di Kampung Belakang Kilang.
Ribut yang melanda perkampungan nelayan di Seberang Alor bermula kira-kira pukul 3.15 petang itu mengakibatkan kira-kira 19 rumah rosak.
Sejam kemudian, bencana alam itu melanda perumahan Taman Seberang Jaya yang menyebabkan 72 rumah termasuk 44 kediaman mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (Unimap) turut rosak.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taman Seberang Jaya, Ramle Senapi memberitahu, "Sehingga pukul 6.30 petang ini, kami belum menerima aduan berhubung kemalangan yang menimpa penduduk.
"Cuma seorang wanita berusia 30-an luka kecil di kaki akibat terpijak kaca dalam rumahnya sewaktu kejadian," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuka pusat pemindahan sementara mangsa ribut di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai mulai petang ini untuk membantu mangsa bencana berkenaan.
Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pusat itu akan menempatkan kesemua mangsa bencana alam tersebut.
"Setakat petang ini, JKM belum mengetahui jumlah sebenar rumah yang dilanda ribut. Kami sedang membuat bancian dan membuka kaunter pendaftaran di SK Seberang Ramai.
"Jumlah mangsa ribut yang cedera juga belum diketahui. Difahamkan ada beberapa orang yang cedera ringan dan mereka telah diberikan rawatan," ujarnya.

No comments:
Post a Comment