Search This Blog

Wednesday, June 2, 2010

Tiga bot nelayan dilanggar feri





DUA orang nelayan Sukor Abdullah (kanan) dan Hasbullah Ali melihat sebuah bot nelayan yang tenggelam akibat dirempuh feri di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah semalam.

KUALA KEDAH – Sebuah bot nelayan tenggelam manakala dua lagi rosak teruk apabila dilanggar oleh sebuah feri penumpang di Pelantar Haji Zabidi, Kampung Seberang Kota di sini semalam.
Ketika kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kebanyakan pemilik bot dan awak-awak sedang membuat persiapan untuk turun ke laut pada pukul 5 petang.
Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.
Menurut salah seorang pemilik bot, Mohd. Musa, 58, ketika itu dia dan 10 rakannya yang lain berada di pelantar dan sedang membaiki pukat.
“Feri terbabit lalu di hadapan pelantar dan membuat pusingan U sebelum terkena bot saya dan bot lain. Dua buah bot yang diletakkan bersebelahan bot saya mengalami kerosakan di beberapa bahagian,” katanya.
kredit: kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment