Search This Blog

Wednesday, June 16, 2010

Tangan kiri kelindan lori putus



ALOR GAJAH – Seorang warga India maut kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 205, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) menghala ke Alor Gajah, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu, apabila lori dinaiki mangsa, Sheik Habibur Rahman dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah lagi lori muatan pasir di bahu jalan. 

Menurutnya, mangsa bekerja sebagai kelindan lori itu meninggal dunia di tempat kejadian, berikutan cedera parah selepas tangan kirinya putus dan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. 

"Pemandu lori, Mohd Ridhwan Vijay Abdullah, 29, cedera parah, dihantar ke Hospital Alor Gajah,” katanya. 

Umar Ali berkata, lori yang dipandu Mohd Ridhwan dikatakan dalam perjalanan ke Tol Simpang Ampat selepas menurunkan tujuh pekerja mesin rumput di tepi laluan lebuh raya terbabit. Pemandu lori pasir, Abdullah Abdul Razak, 49, bagaimanapun tidak cedera. 

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta supaya segera menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menerusi 06-556 3222," katanya.

No comments:

Post a Comment