Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

Rambut di tangan


15/7
SUNGAI PETANI: Dua warga Nepal yang bekerja di sebuah pasar raya ditemui mati di tepi semak dengan kesan tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam berhampiran sebuah kuil dekat Bandar Puteri Jaya (BPJ) Jalan Kuala Ketil, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mayat kedua-dua mangsa ditemui tertiarap dengan seorang dikelar di leher, manakala seorang lagi terburai perut oleh pengurus dan rakan sekerja yang keluar mencari selepas kedua-dua mangsa tidak pulang ke rumah sewa.
Menurut sumber, mangsa Dorah, 35, dan Narayan, 26, bekerja di pasar raya Econsave sejak tiga tahun lalu dan dijangka pulang ke negara asal sebaik kontrak mereka tamat tiga hingga empat bulan lagi.
Katanya, kedua-dua mangsa bersama rakan mereka tinggal di rumah sewa disediakan majikan di BPJ dan setiap hari berulang alik dari rumah ke tempat kerja yang terletak hampir dua kilometer dengan berjalan kaki.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 11 malam dan 12 tengah malam ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka kelmarin selepas bekerja dengan melalui kawasan gelap berhampiran kuil berkenaan.
Kedua-dua mangsa ditahan beberapa suspek dan kemungkinan sewaktu ditahan, kedua mangsa melawan mempertahankan diri menyebabkan penyerang menikam mangsa di tempat kejadian.
Kehilangan kedua-dua mangsa disedari rakannya kira-kira jam 1 pagi selepas mereka tidak pulang dan memberitahu pengawal rumah sewa itu yang kemudian melaporkannya kepada pengurus pasar raya sebelum membuat laporan polis, katanya.
Menurut sumber, ketika rakan mangsa melalui jalan berhampiran kuil berkenaan, mereka menemui bekas makanan kira-kira jam 2 pagi sebelum terkejut menemui mayat kedua-dua mangsa.
Mangsa dipercayai diserang lebih empat lelaki sebelum dibunuh. Ini kerana tangan seorang daripada mangsa terdapat kesan rambut yang dipercayai milik penyerang, katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas mengenai kes berkenaan, namun berkata, polis masih menyiasat dan menunggu laporan hasil bedah siasat.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment