Search This Blog

Wednesday, June 16, 2010

Peluru getah, bom asap lerai pekerja stadium


Posted on the June 16th, 2010 under Berita, SUKAN by johnjimat
DURBAN (Afrika Selatan): Polis menggunakan peluru getah dan bom asap untuk menyuraikan bantahan pekerja stadium yang tidak berpuas hati dengan bayaran diterima, selepas perlawanan Piala Dunia di antara Jerman dan Australia, semalam.
Polis memetik seorang jurugambar AFP sebagai berkata, kira-kira 400 pekerja stadium membantah – kerana menerima potongan daripada 250 rand (AS$107) yang dijanjikan apabila hanya dibayar 190 rand sehari – dengan berkumpul di pintu pagar stadium, 90 minit selepas berakhirnya perlawanan Kumpulan D.
Mereka tidak gembira dengan bayaran yang diterima daripada majikan, jadi mereka mula membuat kecoh, kata jurucakap polis, Phindile Radebe.
Polis terpaksa menyuraikan bantahan itu dengan kira-kira 200 masih terus membantah di jalan raya berhampiran, sehingga memaksa peluru getah dan bom asap digunakan.
Tiada siapa yang ditahan setakat ini, katanya sambil menambah penonton sudah meninggalkan stadium ketika bantahan itu bermula.
Bantahan itu bermula sejurus selepas Jerman menewaskan Australia 4-0 dalam perlawanan Kumpulan D. AFP

No comments:

Post a Comment