Search This Blog

Wednesday, June 16, 2010

Mayat rentung cetus tanda tanya



SEREMBAN - Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang menemui mayat rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Taman Seremban Selatan dekat sini, malam kelmarin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu, enam anggota bomba terbabit terhidu bau daging hangit sewaktu memadamkan kebakaran pada kereta jenis Proton Waja. 

"Selepas api berjaya dipadamkan, salah seorang anggota bomba membuka but kereta berkenaan dan menemui mayat dalam keadaan rentung. 

:"Polis mengesyaki ada unsur khianat berhubung kejadian ini, namun tidak banyak maklumat diperoleh hasil siasatan awal di lokasi kejadian. Sebilah parang juga ditemui sebelah mayat,” katanya kepada media di sini. 

:Mohd Zaki berkata, polis turut mendapat sedikit maklumat melalui casis kenderaan terbabit yang dilaporkan hilang di sekitar Damansara, Kuala Lumpur, Mei lalu. 

Menurutnya, bomba ke tempat kejadian selepas menerima panggilan orang ramai mengenai kebakaran di kawasan belukar berdekatan tangki air di Taman Seremban Selatan, kira-kira jam 10.45 malam. 

"Mayat tanpa identiti dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat," katanya.

No comments:

Post a Comment