Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

Mati lemas dalam kereta meningkat


15/7
WASHINGTON: Kematian bayi dan kanak-kanak akibat terperangkap dalam kereta dengan suhu panas di dalamnya meningkat di Amerika Syarikat sejak beberapa minggu lalu.
Perkembangan itu mendorong kerajaan dan pertubuhan keselamatan memberi peringatan kepada ibu bapa.
Seorang penyelidik berkata, 18 kanak-kanak mati lemas sejak awal tahun ini, lapan daripadanya dilaporkan sejak 13 Jun.
Ia jumlah tertinggi dalam enam bulan pertama sejak penyelidik, Jan Null mula mengumpulkan data mengenai kejadian itu pada penghujung 1990-an.
Sehubungan itu, kerajaan dan pakar keselamatan menggesa ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak mereka tanpa pengawasan di dalam kenderaan atau membiarkan mereka bermain di dalam kereta atau trak.
Sebahagian besar kes terbaru membabitkan kanak-kanak yang memasuki kenderaan tidak berkunci ketika cuaca panas dan kemudian tidak boleh keluar.
Mereka yang terbabit adalah ibu bapa yang baik, yang sayangkan anak tetapi membuat kesilapan hingga menyebabkan kematian, kata David Stirckland, pegawai di Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan.
Null dari Universiti San Francisco yang mengumpulkan data berhubung kes seumpama itu menerusi laporan media berkata, 37 kanak-kanak mati setiap tahun akibat lemas dalam suhu panas selepas terperangkap dalam kereta.
Jumlah kematian yang meningkat sepanjang Jun menarik tumpuan pihak berkuasa kerana Julai menjadi bulan paling banyak mencatatkan kematian membabitkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kenderaan. – AP
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment