Search This Blog

Wednesday, June 16, 2010

Matador pengecut ditahan

MEXICO CITY: Matador, Christian Hernandez ditahan selepas melarikan diri dari gelanggang ketika satu perlawanan laga lembu di sini, semalam.
Tindakan menahan matador itu dibuat atas dakwaan dia melanggar perjanjian. Dia bagaimanapun dibebaskan selepas bersetuju membayar denda. Matador berusia 22 tahun itu berkata: “Ada beberapa perkara yang perlu anda sedar. Saya tak punya kemahiran dan tiada keberanian,” katanya.
Hernandez dicemuh penonton selepas lari dengan melompat keluar dari gelanggang. Beberapa bulan lalu dia cedera parah di kaki selepas ditanduk seekor lembu. Selepas kejadian semalam, dia mengambil keputusan bersara daripada menjadi matador. - AFP

No comments:

Post a Comment