Search This Blog

Wednesday, June 16, 2010

Lelaki maut ketika lintas landasan keretapi




PASIR MAS – Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental maut selepas dilanggar keretapi dalam satu kejadian di stesen Keretapi Pasir Mas awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.45 pagi dan pihaknya mendapat maklumat dari orang awam kira-kira jam 7 pagi dan bergegas ke tempat kejadian. 

Menurutnya, mangsa yang dipercayai mahu melintas dari Pasar Mundok dan tidak sempat sampai ke bahagian stesen keretapi Pasir Mas. 

“Ketika kejadian keretapi dalam proses untuk berhenti dan mangsa masih meneruskan niat untuk melintas. 

“Ketika anggota sampai di tempat kejadian, mangsa dalam keadaan terlentang dan mati di tempat kejadian akibat patah lengan kiri dan tulang pinggul serta mengalami kecederaan dalaman yang parah,” katanya. 

Haliludin berkata, ketika kejadian, keretapi tersebut masih mempunyai penumpang dan dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lipis sebelum berhenti di stesen Pasir Mas untuk mengambil penumpang. 

Katanya, mangsa tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan semasa kejadian, mangsa memakai jaket jeans dan seluar pendek sahaja. 

Menurutnya, mangsa yang berusia lebih kurang 30-an itu dipercayai kurang siuman dan berharap orang ramai yang mengenali mangsa tampil memberi maklumat. 

“Kita berharap orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau me-ngenali mangsa tampil memberi maklumat dalam tempoh dua minggu,” katanya.

No comments:

Post a Comment