Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

Kelab malam terbakar, 10 maut




ANGGOTA bomba Indonesia membawa keluar mayat salah seorang pengunjung yang terbunuh dalam kebakaran di sebuah kelab malam di bandar raya Surabaya, awal pagi semalam. – AFP




SURABAYA 25 Jun – Sekurang-kurangnya 10 terbunuh, manakala lima lagi cedera, kebanyakannya warga asing apabila sebuah kelab malam di bandar kedua terbesar di Indonesia di sini, terbakar awal pagi ini.
Mereka yang terbunuh kebanyakannya adalah rakyat Australia dan Jepun yang sedang menonton perlawanan bola sepakPiala Dunia di kelab malam Redboxx Cafe.
Leftenan Kolonel Bahagia Dachi berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan ketika beratus-ratus pengunjung kelab malam itu sedang asyik menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Saksi-saksi mendakwa kebakaran itu berpunca daripada percikan api rokok.
Pasukan bomba mengambil masa beberapa jam untuk mengawal api daripada merebak.
Menurut Bahagia, lima mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital tempatan. – AP

No comments:

Post a Comment