Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

Jual anak RM83


15/7
CALIFORNIA: Satu pasangan di California ditangkap selepas cuba menjual bayi mereka berusia enam bulan dengan harga $25 (RM83) di luar pasaraya Walmart.
Patrick Fousek, 38, dan Samantha Tomasini, 20, ditahan selepas Fousek mendekati dua wanita di luar pasar raya itu bertanyakan sama ada mereka mahu membeli anaknya.
Pada mualnya dua wanita terbabit menyangka Fousek hanya bergurau tetapi apabila dia mendesak, mereka curiga lalu melaporkan kejadian itu kepada polis. Jurucakap polis, Lalo Villegas memuji dua wanita terbabit yang mengambil tindakan wajar untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Mereka buat apa yang patut. Saya tidak tahu sama ada mereka berdua juga seorang ibu tetapi tindakan mereka amat wajar, ujar Villegas.
Fousek dan Samantha ditahan di rumah mereka kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.
Pegawai polis melaporkan pasangan itu sedang khayal akibat mengambil methamphetamine ketika ditahan dan keadaan rumah mereka juga berselerak.
Laporan polis juga menyatakan Samantha memberitahu Badan Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak yang mengambil bayinya yang dia sering menyusukan anaknya ketika di bawah pengaruh dadah.
Pasangan berkenaan kini mengahdapi tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak di samping didakwa atas kesalahan mengambil dadah. – Agensi
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment