Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

‘Impian kami berkecai’


15/7
MELAKA: Walaupun usia kami jauh berbeza, saya tidak rasa pun kerana dia (arwah) seorang yang amat penyayang.
Begitu kata Noraini Hassan, 30, dari Bakri, Muar, Johor yang masih terkejut serta bersedih dengan kematian bakal tunangnya, Mohd Redwan Ali, 58, dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Saujana Seksyen 1, Bukit Katil, di sini, semalam.
Noraini ditenteramkan rakan dan ahli keluarganya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Melaka (HM) berkata, kali terakhir dia bertemu bakal tunangnya itu kira-kira jam 8 malam kelmarin selepas pulang membeli pelbagai barangan hantaran untuk majlis pertunangan mereka.
Semalam, kami keluar jam 8 pagi untuk membeli barang hantaran termasuk cincin pertunangan sehingga jam 8 malam.
Malah, arwah berjanji kami pergi menempah kek pertunangan hari ini (semalam) dan dia kata hendak kek keju, tetapi tak sangka dia meninggalkan saya buat selamanya.
Masa ambil cincin semalam (kelmarin), arwah kata dia mahu sarungkan sendiri cincin (tunang) dan tak nak orang lain sarungkan…macam mana saya nak hadapi semua ni, banyak perkara dia rancang. Arwah juga ada beritahu mahu bawa saya ziarah kubur isterinya pada hari raya pertama dan saya kata semua ok, tidak ada masalah, katanya.
Dalam kejadian antara jam 9.30 malam kelmarin hingga 3.15 pagi semalam, mangsa ditemui mati dalam keadaan duduk di atas sofa di rumahnya oleh anak lelakinya, Asyraf Raznan, 27, yang baru pulang berniaga.
Ketika ditemui, kedua-dua tangan mangsa diikat ke belakang dengan wayar pengecas telefon bimbit dan mulut ditutup dengan kain serta terdapat dua kesan tikaman pada dadanya.
Polis percaya kes berkenaan bermotifkan rompakan berdasarkan keadaan dalam rumah berselerak dan beberapa peralatan komputer milik mangsa hilang.
Menurut Noraini yang masih bujang, dia dan arwah, seorang duda beranak dua kematian isteri pada Mac 2009, merancang bernikah pada 24 Julai depan.
Kami cadang nikah sebelum puasa. Bila dapat berita sedih begini saya tergamam dan hilang arah. Semalam, semua barang hantaran termasuk cincin, arwah pilih sendiri. Saya kata kenapa banyak sangat, dia kata tidak mengapa untuk saya, katanya.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment