Search This Blog

Wednesday, June 16, 2010

Dua maut gempa bumi gegarkan timur Indonesia



16/06/2010 2:19pm

MANOKWARI, Indonesia 16 Jun – Satu gempa bumi 7.1 pada skala Richter menggegar timur Indonesia hari ini, meragut dua nyawa dan mencetuskan satu amaran tsunami tempatan.
Gempa bumi itu turut menyebabkan suasana panik ketika penduduk lari meninggalkan rumah masing-masing, lapor pegawai dan penduduk.
Polis berkata, kedua-dua mangsa dipercayai maut akibat ditimbus runtuhan rumah di pulau Yapen, berhampiran pusat gempa bumi di utara pantai wilayah Papua.
“Dua maut di pulau itu akibat gempa bumi. Kami masih mengumpul maklumat tentang kerosakan,” kata Ketua Polis Yapen, Deny Siregar kepada AFP.
Gegaran itu berlaku pada pukul 12.16 tengah hari waktu tempatan (11.16 pagi ini waktu Malaysia) kira-kira 123 kilometer di tenggara pulau Biak, Papua Barat.
Ia disusuli satu lagi gegaran 6.2 pada skala Richter di lokasi sama.
Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia mengeluarkan satu amaran tsunami, namun ia ditarik balik satu jam kemudian.
Penduduk Manokwari kira-kira 300 kilometer di barat laut pusat gempa bumi turut lari ke kawasan terbuka apabila bangunan di sana bergegar. - AFP

No comments:

Post a Comment