Search This Blog

Friday, June 11, 2010

Dibelasah 6 samseng kerana hutang RM250

AMPANG: Hutangnya cuma RM250 namun kerana gagal membayar, seorang lelaki teruk dibelasah enam samseng bersenjatakan parang, botol minuman keras dan juga rotan ketika mangsa berada berhampiran sebuah kedai runcit di Hulu Klang, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun pada mulanya menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu menuntut hutang terbabit daripadanya. Bagaimanapun, mangsa memberitahu dia masih belum mempunyai wang dan meminta tempoh supaya menangguhkannya. Menurut sumber, ketika berbual dalam telefon, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan juga rakannya yang tidak berpuas hati kerana mangsa enggan membayar wang terbabit. “Dalam perbualan telefon itu, mangsa ada memberitahu dia akan membayar hutang terbabit namun meminta tempoh kepada rakannya. “Bagaimanapun, rakannya itu dikatakan tidak berpuas hati dan memberitahu yang dia akan mencari mangsa untuk menuntut wang terbabit,” katanya. Dia berkata, tidak lama selepas itu, rakannya membawa lima konco yang terus meluru ke arah mangsa yang ketika itu dalam perjalanan mengambil keretanya berhampiran sebuah kedai runcit. “Sejurus menghampiri mangsa, mereka mula memarahi lelaki itu kerana mendakwa sengaja cuba mengelak membayar hutang. “Mangsa mula bimbang kerana melihat ada antara mereka memegang parang selain botol minuman keras dan rotan dipercayai untuk memukulnya,” katanya.
Seorang daripada lelaki terbabit meluru sebelum melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada kepala mangsa.

“Selain itu, beberapa lagi lelaki turut membelasah mangsa sehingga dia menjerit meminta pertolongan,” katanya.

No comments:

Post a Comment