Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

Banjir: Presiden Brazil batal hadiri mesyuarat G-20


26/06/2010 2:48am

RIO DE JANEIRO 26 Jun - Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva telah membatalkan kehadirannya pada mesyuarat Kumpulan 20 (G-20) di Kanada hujung minggu ini ekoran bencana banjir yang melanda di seluruh negaranya.
Keputusan itu dibuat oleh Silva semalam kata Menteri Luar, Celso Amorim kepada agensi berita Agencia Brasil.
Silva yang telah pergi ke kawasan bencana sehari sebelum itu berkata, dia terkejut melihat kemusnahan akibat banjir yang telah meragut tidak kurang 51 nyawa.
Menurut Amorim, Silva mengambil keputusan untuk meninjau dari dekat dan menyertai usaha penyaluran bantuan. - AP

No comments:

Post a Comment